Skip to main content

Apa yang telah kita pelajari dari pandemik Covid-19 ialah kita seharusnya letakkan kesihatan sebagai prioriti utama.

Apa yang telah kita pelajari dari pandemik Covid-19 ialah kita seharusnya letakkan kesihatan sebagai prioriti utama.

Apa yang telah kita pelajari dari pandemik Covid-19 ialah kita seharusnya letakkan kesihatan sebagai prioriti utama.

Ambil 3 makanan fungsian ini untuk meningkatkan imuniti badan 

  

1. Astaxanthin: Terapi tambahan yang selamat dan semula jadi dalam meminimumkan ribut sitokin akibat Covid-19 serta menjaga kesihatan paru-paru.

Gelombang ketiga Covid-19 melanda Asia ketika kes global terus melambung. Buat masa ini, vaksin Covid-19 adalah perlindungan terbaik untuk mencapai imuniti kelompok. Selain daripada suntikan vaksin, pengambilan makanan fungsian juga amat penting untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Selain daripada jangkitan virus, beberapa laporan mendalilkan bahawa sebenarnya "Ribut Sitokin” [Cardax, 2020], yang dicirikan sebagai tindak balas keradangan disebabkan oleh produksi pro-radang (sitokin) secara kelebihan dalam badan, yang kemudiannya berkembang menjadi sindrom distres respiratori akut (ARDS), maka menyukarkan pengurusan Covid-19 [Talukdar et al, 2020].

Astaxanthin semula jadi yang diekstrak dari mikroalga Haematococcus Pluvialis adalah selamat untuk dimakan. Ia menunjukkan sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang kuat, telah terbukti secara signifikan dalam mengurangkan patogenesis keradangan kronik, mengurangkan peningkatan tahap sitokin dan tekanan oksidatif yang dihasilkan dalam badan, serta membuatkan pengurusan komplikasi Covid-19 dengan lebih baik.

Pengambilan astaxanthin semula jadi setiap hari juga berfungsi untuk meningkatkan imuniti badan [Joon Tsai, 2020]

 

2. Madu lebah tanpa sengat (Madu Kelulut) Meringankan Keparahan Manifestasi Pulmonari dalam Jangkitan Covid-19

Madu lebah tanpa sengat, biasanya dikenali sebagai 'Madu Kelulut' di kalangan penduduk tempatan, dihasilkan oleh lebah tanpa sengat (Meliponine sp.). Madu kelulut yang dilapisi dengan propolis secara semula jadi ini mengandungi sebatian fenolik dan flavonoid yang lebih kaya berbanding dengan madu lain. Oleh sebab itu, ia kaya dengan sifat antioksidan, antiinflamasi, dan anti-bakteria [Renneh et al, 2019].

Begitu juga, Optixanthin OPTI-B, tonik gabungan ekstrak astaxanthin dengan madu Kelulut, juga mengandungi fenolik tumbuhan telah menunjukkan aktiviti antioksidan yang unik.

Satu kajian baru melaporkan bahawa madu lebah tanpa sengat menurunkan indikator inflamasi seperti protein C-reaktif (CRP), TNF-α, IL-1β, IL-6, dan IL-8. Sitokin IL-6 yang diproduksi secara berlebihan boleh memperburuk patogenesis tindak balas keradangan yang terlalu reaktif pada pesakit Covid-19 [Jacques, 2009]. Sifat antiinflamasi madu lebah tanpa sengat dalam menyelaraskan lata IL-6 yang meradang dapat dijadikan sebagai rawatan alternatif untuk mengehadkan perkembangan penyakit koronavirus.

References:
Ranneh Y, Akim AM, Hamid HA, Khazaai H, Fadel A, Mahmoud AM. Stingless bee honey protects against lipopolysaccharide induced-chronic subclinical systemic inflammation and oxidative stress by modulating Nrf2, NF-κB and p38 MAPK. Nutr Metab. 2019;16:1–17.

Jacques A, Bleau C, Turbide C, Beauchemin N, Lamontagne L. Macrophage interleukin-6 and tumour necrosis factor-α are induced by coronavirus fixation to Toll-like receptor 2/heparan sulphate receptors but not carcinoembryonic cell adhesion antigen 1a. Immunology. 2009.

 

3. Minyak Kelapa Dara sebagai Calon Anti-Viral yang Berpotensi dalam Melawan Covid-19

The Star Malaysia melaporkan bahawa para saintis di Ateneo De Manila University menjalankan ujian klinikal mengenai sifat anti-virus pada minyak kelapa dara (VCO), sama ada ia boleh digunakan sebagai terapi tambahan untuk pesakit Covid-19. Keselamatan, ketersediaan bio, dan keserbagunaan VCO mendorong Profesor Emeritus Dr. Fabian Antonio Dayrit dan Dr. Mary Newport untuk mengkaji lebih lanjut tentang fungsi asid laurik dalam VCO.

Asid laurik, asid lemak rantai sederhana (MCT) yang membentuk sekitar 50% asid lemak dalam lemak kelapa serta monolaurin yang terhasil daripada asid laurik telah diketahui mempunyai aktiviti antivirus yang ketara. Mekanisme asas aktiviti anti-virus asid laurik memberi harapan baru dalam memperkuatkan sistem imuniti. Dalam suatu wawancara radio, Fortunato Dela Pena dari Jabatan Sains Kebangsaan Filipina mengatakan bahawa saintis mendapati bahawa diet harian yang tinggi dengan sumber VCO boleh membantu mengurangkan 60% hingga 90% longgokan koronavirus untuk koronavirus dalam kes ringan hingga sederhana.