Utusan Malaysia: Madu kelulut mampu cegah kencing manis

Utusan Malaysia: Madu kelulut mampu cegah kencing manis

Madu kelulut mampu cegah kencing manis

DR. NORHASNIDA Zawawi (kiri) melihat sarang lebah kelulut di Ladang 10, UPM, Serdang, Selangor. – IHSAN UPM
  • Oleh KU SYAFIQ KU FOZI
  • 6 Ogos 2020, 9:00 am

KUALA LUMPUR: Rahsia amalan ‘orang lama’ yang menggunakan madu kelulut untuk mencegah kencing manis kini terbongkar dan terbukti berkesan secara saintifik.

 

Hasil kajian terbaharu dijalankan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Norhasnida Zawawi mendapati, madu kelulut me­ngandungi gula trehalulosa, gula dengan indeks glisemik rendah (GI) yang boleh mencegah kencing manis jika dimakan dengan jumlah sepatutnya.

 

“Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli Malaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil (Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44 gram gula trehalulosa dalam semua madu itu.

 

“Bukannya gula maltosa se­perti yang difikirkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Norhasnida menjalankan kajian tersebut bersama pensyarah Universiti Queensland, Australia, Prof. Madya Dr. Mary Fletcher dan ahli kumpulan penyelidikan lain di makmal Perikatan Pertanian dan Inovasi Makanan Queensland.

 

Ia juga mendapati madu kelulut yang dikaji di Malaysia daripada spesies G. Thoracica mempunyai kandungan gula trehalulosa paling tinggi iaitu 84 peratus daripada keseluruhan berat madu.

 

Dr. Norhasnida berkata, sebelum ini masyarakat Malaysia menggunakan madu kelulut secara tradisional untuk pesakit diabetes tetapi dari segi sains belum dapat membuktikan dengan jelas faktor yang boleh menyebabkan kesan itu.

 

“Sekarang kita tahu nilai GI madu yang lebih rendah ini boleh menjadi satu daripada faktor yang menyumbang kepada tuntutan itu,” katanya. – UTUSAN

 

Source: 

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/08/madu-kelulut-mampu-cegah-kencing-manis/

Read more

The Star Paper: Our heartiest congratulations to Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Tan Boon Hock

The Star Paper: Our heartiest congratulations to Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Tan Boon Hock

The Star Paper: Virgin coconut oil appears to help fight Covid-19

The Star Paper: Virgin coconut oil appears to help fight Covid-19

UPM News: Researchers discover trehalulose sugar in kelulut honey brings health benefits

UPM News: Researchers discover trehalulose sugar in kelulut honey brings health benefits